Tuesday, November 8, 2011
Martabatkan bahasa Malaysia, hentikan guna bahasa rojak
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan yang diadakan beberapa hari lepas mahu bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan sepenuhnya termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan serta perundangan.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang melaksanakan proses alih suara bagi rakaman suara individu yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi temu bual berbahasa Melayu sebagai usaha mengukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang penyiaran.
Melalui Bulan Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun, semua warga Malaysia diingatkan untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selain daripada usaha membolehkan kita menguasai bahasa Melayu dengan tepat.
Mutu penggunaan tatabahasa Melayu dalam pelbagai program yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio milik kerajaan dan swasta masih berada di tahap rendah.
Usaha perlu dilaksanakan dan membabitkan semua stesen penyiaran bagi meneliti kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam siaran berita dan rancangan supaya boleh diperkasa dan ditambah baik dari masa ke masa.
Satu perkara yang memerlukan tindakan ialah mengenai pencemaran bahasa Melayu yang berleluasa seperti dalam dialog filem dan dalam perbualan seharian, semaada dalam program televisyen atau cakapan harian yang mencerminkan fenomena bahasa rojak.
Saya dan ramai yang lain khuatir dengan aliran pertuturan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang cerminkan ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu dan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.
Bukan saya menentang penggunaan Bahasa Inggeris tetapi apa yang saya bangkitkan ialah mengapa kita tidak bertutur bahasa Melayu sepenuhnya jika ingin menggunakan bahasa itu.
Begitu juga jika ingin menggunakan bahasa Inggeris, gunakan sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan bahasa Melayu.
Sungguhpun saya bukan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu saya berpendapat masanya telah tiba bagi semua pihak untuk memperbetulkan fenomena bahasa rojak ini dan jangan jadikannya suatu budaya atau cara hidup di negara kita.
Mesej yang saya ingin sampaikan ialah kita tidak dapat memartabatkan bahasa Melayu kalau kita cenderung mencampuradukkan percakapan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Kita juga tidak dapat memperkukuhkan bahasa Inggeris dengan mencampuradukkan percakapan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu.
UTUSAN MALAYSIA 9/11/2011
NOVEL SEJARAH "TENGKU MENTERI" - TALIB SAMAT
Novel ini mengutarakan kisah Tokoh Korporat Bijih Timah Melayu Terulung Long Jaafar dan Ngah Ibrahim Pengasas Taiping Bandar Warisan 1790-an hingga 1895. Ia mengisahkan kegigihan dan perjuangan korporat Melayu yang muncul pada abad ke-19 iaitu Long Jaafar (bapa) dan Ngah Ibrahim (anak) di daerah Larut Matang, Perak. Perjuangan gigih kedua-dua tokoh korporat ini membangunkan Bandar Taiping sekarang membuka lembaran baru dalam sejarah negeri Perak apabila pelbagai cabaran dihadapi mereka akibat perebutan kuasa para pembesar Perak, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, campur tangan penjajah Inggeris dan kemasukan J.W.W. Birch selaku Residen Inggeris pertama di Perak. Penjajah Inggeris mencetuskan penentangan besar-besaran daripada orang Melayu di Perak yang ikut mendorong pejuang-pejuang Melayu termasuk Ngah Ibrahim bersatu memerangi mereka mempertahankan tanah air tercinta. Novel ini menggunakan watak-watak dan peristiwa yang masyhur dalam sejarah tanah air digabungkan dengan watak-watak fiksyen untuk melihat sejarah masa lalu dan kegunaannya dalam melihat hari depan sesuatu bangsa. Novel ini juga mengingatkan betapa pentingnya kemerdekaan sesebuah negara dijaga, pembesar dan rakyatnya tidak bercakaran khuatir penjajah asing masuk dan merampas segala kebebasan dan harta yang ada sehingga suatu apa pun tidak berharga kerana semuanya dikuasai oleh orang asing.
Pen: Talib Samat
ISBN 983 195 053 4
Tahun: 2003
Hlm: 836
Harga: RM 49.00
Monday, November 7, 2011
TERJEMAH NOVEL UNSUR SEJARAH
Terjemah novel unsur sejarah
MOHD.FAUZI MD. FIRDAUS Tanjong Malim, Perak (UTUSAN MALAYSIA 8/11/2011)
ITNM di bawah kepimpinan beliau banyak menempa sejarah dan kejayaan dalam bidang penterjemahan karya-karya sastera Melayu. Semoga ITNM lebih berjaya dalam mengantarabangsakan sastera Malaysia dalam bidang penterjemahan novel-novel Malaysia dulu dan sekarang.
Saya selaku pengamat karya sastera Malaysia ingin mencadangkan kepada ITNM agar menterjemahkan pula novel-novel berunsur sejarah karya sasterawan tempatan.
Di antaranya termasuklah novel berunsur sejarah berjudul Tengku Menteri karya Talib Samat terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd. dan novel Bukit Kepong terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) karya lsmail Johari sejajar dengan perkembangan semasa.
Novel Tengku Menteri (2003) contohnya meninggalkan impak besar kepada negara misalnya memberi ilham kepada pelbagai pihak pada tahun 2003 hingga 2006 untuk membawa pulang jenazah (remain) pejuang kemerdekaan terawal dan jutawan Melayu bijih timah abad ke-19 dan bapa mentuanya, Laksamana Muhammad Amin dari Singapura ke Perak pada 9 September 2006.
Memanglah novel ini agak tebal tetapi ianya cukup penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara khususnya di Perak yang perlu diketahui oleh dunia antarabangsa betapa pernah wujud pembesar Melayu yang pertama (Ngah Ibrahim) menggaji orang putih (Kapten Speedy) sebagai setiausaha peribadinya pada abad ke-19 dan pelbagai kisah lain yang penuh patriotisme.
Malah khabarnya ada penerbit drama bercadang membuat siri drama televisyen daripada novel Tengku Menteri meskipun hasrat itu belum menjadi kenyataan.
Sekiranya ada terjemahan novel itu untuk pasaran antarabangsa tentunya kisah itu diketahui di dunia antarabangsa di samping melihat dramanya di televisyen apabila tiba masanya nanti yang tentu akan melariskan jualan buku terjemahan itu dan novel asalnya.
ITNM wajar memberi perhatian terhadap novel ini di samping novel karya Sasterawan Negara atau pengarang lain yang sudah ada dalam senarai ITNM. Rasanya tidak rugi ITNM menterjemahkan novel ini di samping mempopularkan semula ketokohan korporat Melayu abad ke-19 iaitu Long Jaafar (bapa) dan Ngah Ibrahim (anak) ke dunia antarabangsa tetapi juga memaparkan kehebatan pejuang Melayu yang buktinya masih wujud di Muzium Matang, Taiping, Perak.
Tuesday, October 11, 2011
Novel Penjana Penghayatan Nilai Murni
Pengirim : Jurina Bt Simon <sugar_laws@yahoo.co.uk>
Memulakan mukadimah ayat pertama saya sudah semestinya "Saya adalah peminat Novel-Novel Alaf21" sejak lebih 6 tahun lalu.
Saya mempunyai banyak koleksi novel terbitan Alaf21. 4 buah kotak penuh saya simpan di dalam bilik saya. Bukan tidak ada rak buku di ruang tamu rumah tetapi saya merasakan keselamatan buku-buku saya lebih terjamin jika disimpan dalam kotak. Tidaklah sesuka hati kawan-kawan meminjam dan membawa balik. Takut nanti dipinjam dibawa pulang tidak dikembalikan. Jika ada kawan yang mahu meminjam saya minta mereka pilih sendiri novel dari dalam kotak novel koleksi saya. November lepas saya minta bakal tunang saya menyediakan 3 buah novel terbitan Alaf21 sebagai sebahagian daripada hantaran pertunangan kami. Begitu sayang saya dengan koleksi novel-novel Alaf21.
Sejak 2 tahun lepas tuntutan kerja memerlukan saya sentiasa ditemani komputer peribadi untuk mengakses maklumat. Dalam kesibukan itu saya tidak lupa untuk singgah di laman web Alaf21 untuk mengetahui aktiviti-aktiviti terbaru penerbit majalah dan novel paling popular di Malaysia ini.
Masih ada dalam kalangan kawan-kawan yang berasa hairan kenapa saya suka membaca novel berbahasa Malaysia. Bagi mereka novel-novel Melayu tidak menarik. Cerita yang sama sering dijadikan tema iaitu Cinta. Sungguhpun ada segelintir penulis novel Alaf 21 yang berjaya menghasilkan novel thriller dan berbentuk sejarah. Novel terbaru yang saya baca iaitu ‘Astana Kasih’. Novel ini menyingkap sejarah negeri di tanah Melayu yang jatuh di tangan Komunis di era tahun 1950-an. Tunjang utama dalam cerita ini adalah sifat amanah anak jati Melayu yang akhirnya telah menyatukan ahli keluarga yang terpisah lebih 30 tahun. Amanah adalah satu nilai murni yang harus ada dan dipraktikkan setiap insan.
Saya amat kagum dengan watak utama novel ini sebab saya sendiri mungkin tidak "seamanah" watak Pak Murad yang boleh menyimpan amanah sehingga 30 tahun lamanya. Satu pengajaran yang amat berharga saya temui dalam novel Astana Kasih.
"Apakah Novel Yang Boleh Membentuk Minda" jawapannya boleh kita akses di laman web Alaf21. Oleh yang demikian bagi saya tidak timbul "Kesan Internet Terhadap Tabiat Membaca" kerana membaca dan menghayati adalah perlu dalam pembacaan novel khususnya sejarah. Ia lebih mudah difahami dan dihayati melalui pembacaan novel serta lebih berkesan menyerap ke dalam sanubari kerana membaca sesuatu karya seperti novel bukan untuk mempelajari tetapi untuk menghayati.

Penerbit rompak royalti penulis
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 18/09/2011 PENERBIT yang mendapat kontrak dengan Kementerian Pelajaran untuk menerbitkan buku teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) ibarat terjatuh dalam lubuk emas. Buku teks Komsas tidak memerlukan promosi dan kerja pemasaran kerana pembelinya sudah tersedia. Maka kalangan penerbit buku, mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapat kepercayaan Kementerian Pelajaran.
Untuk mendapat lubuk emas ini bukan mudah. Khabarnya setiap buku teks Komsas yang akan diterbitkan perlu mendapat kelulusan sebuah jawatankuasa pemilih di kementerian. Maknanya ini memberikan satu gambaran bahawa syarikat penerbitan yang mendapat kepercayaan adalah yang mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang.
Ini juga memberitahu kita bahawa syarikat penerbitan yang dipilih bukanlah syarikat yang bertaraf "mi segera" atau "syarikat RM2" yang boleh ditubuh atau ditutup bila-bila masa. Perihal syarikat adalah penting kerana penerbitan buku teks Komsas melibatkan wang yang banyak termasuk pengagihan royalti kepada penulis.
Kalangan penulis pula apabila karya-karya mereka sama ada cerpen atau puisi yang dimasukkan dalam buku teks Komsas, pada dasarnya mereka juga terjun dalam lubuk emas. Ini kerana penerbitan buku teks Komsas melebihi 100,000 naskhah setahun untuk negeri-negeri tertentu. Penulis boleh jadi orang kaya baru kalau karya mereka diterbitkan sebagai teks Komsas.
Tetapi bukan semua penerbit teks Komsas jujur dan membayar royalti kepada penulis mengikut kadar yang munasabah. Ada penerbit membayar royalti tetapi hanya ikut suka mereka kerana tidak ada perjanjian antara penulis dengan penerbit. Lebih malang lagi banyak penulis yang dirompak karya mereka tanpa mendapat sesen pun royalti. Sedangkan penerbit mendapat keuntungan berlipat ganda daripada teks Komsas itu.
Mungkin ada yang berkata, kenapa membiarkan karya diterbitkan kalau tidak ada perjanjian tentang hak cipta? Memang itulah persoalannya. Banyak penulis menjadi mangsa penerbit @ perompak yang mengambil karya tanpa kebenaran. Kerja-kerja kotor dan jijik ini berlalu secara meluas dalam penerbitan buku teks Komsas. Memang bilangan penerbit yang kotor ini hanya segelintir tetapi sudah cukup memberikan gambaran keadaan yang tidak terkawal seterusnya menindas penulis.
Penulis yang dinafikan royalti, atau bahasa mudahnya ambil dengan percuma bukan sahaja berlaku kepada penulis baru, malah cerpen seorang Sasterawan Negara turut menjadi mangsa rompakan.
Setakat ini dikenalpasti ada tiga penerbit yang mengambil karya tanpa persetujuan, membayar dengan kadar ikut suka dan ada yang langsung tidak membayar royalti. Penerbit-penerbit ini bebas melakukan jenayah ini tanpa sebarang kekangan. Penulis tidak mendapat imbuhan yang selayaknya malah banyak yang dinafikan terus hak cipta karya itu yang hanya lupus selepas 50 tahun penulis meninggal dunia.
Tetapi sebelum ini perkara ini tidak berlaku. Perihal penulis yang dirompak karya mereka sewenang-wenang seharusnya tidak berlaku dalam penerbitan teks Komsas. Sebelum ini semua penulis berpuas hati kerana mereka mendapat royalti yang munasabah dan tidak pernah mempertikaikan keuntungan yang diperoleh penerbit.
Presiden Persatuan Penulis Nasional (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, salah satu puncanya sekarang ini perjanjian antara Kementerian Pelajaran dengan penerbit sahaja. Tidak ada perjanjian hak cipta antara penerbit dengan penulis. Pihak kementerian memang membayar kepada penerbit tetapi ada segelintir penerbit tidak membayar royalti kepada penulis.
"Pena mencadangkan sistem pemilihan buku teks Komsas diperkemaskan, sementara royalti dibayar terus oleh Kementerian Pelajaran bukan oleh penerbit," tegas Mohamad Saleh.
Pencabulan
Beliau menganggap sikap segelintir penerbit yang merompak karya penulis untuk mendapat keuntungan berganda sebagai amat buruk dan tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Ini adalah pencabulan ke atas hak cipta secara terang-terangan tetapi malangnya tidak ada pihak yang mengambil tindakan.
Menurut Mohamad Saleh, penulis tidak boleh disalahkan apabila tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbit yang merompak karya mereka. Ini kerana, tindakan undang-undang lebih-lebih lagi oleh orang perseorangan bukanlah jalan keluar yang tepat.
"Saya fikir kalau royalti dibayar terus kepada penulis, perkara ini tidak berlaku," tegas Mohamad Saleh.
Difahamkan yang melakukan kerja-kerja kotor ini adalah penerbit yang muncul secara tiba-tiba. Mereka tidak ada nama dalam dunia penerbitan buku malah tidak ada rekod pencapaian yang cemerlang. Syarikat penerbitan yang mempunyai wibawa tidak melakukan kerja begini.
Mohamad Saleh mencadangkan, untuk mengelak penindasan kepada penulis berterusan, pihak Kementerian Pelajaran perlu meminta penerbit mengemukakan perjanjian dengan penulis untuk membuktikan karya itu tidak dirompak dan kadar royaltinya dipersetujui oleh penulis.
Pencabulan hak cipta menunjukkan kita masih terkurung dalam masyarakat yang kurang bertamadun. Hak cipta karya seni adalah suatu yang sangat asas, di negara-negara maju pelanggaran hak cipta adalah satu perbuatan yang memalukan. Prinsipnya mudah sahaja, siapa yang menggunakan karya seni orang lain untuk tujuan mendapat keuntungan, perlulah membayar royaltinya. Sepatutnya penulis tidak menjadi peminta sedekah menuntut royalti, ini bukan wang ehsan tetapi hak penulis.
Sungguh memalukan apabila masih ada penulis-penulis di Malaysia yang hak cipta mereka dinafikan oleh penerbit dan perkara ini berlaku seolah-olah tidak ada salahnya. Mustahil ada penerbit teks Komsas yang tidak tahu bahawa menggunakan karya orang untuk tujuan keuntungan mesti bayar royalti. Mereka ini bukan penerbit tetapi perompak. Adakah ini menunjukkan hakikatnya hanya penerbit yang terjun dalam lubuk emas tetapi penulis terjun dalam lubuk selut?
Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

Saturday, August 20, 2011
PENULIS - lumayankah pendapatan mereka?
James Patterson penulis paling lumayan dunia
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penulis novel penyiasatan AS, James Patterson merupakan penulis berpendapatan tertinggi di dunia dengan perolehan AS$84 juta (RM250.5 juta) sepanjang tahun lalu.
Patterson, 64, yang popular menerusi buku penyiasatan Alex Cross, mengungguli senarai tahunan penulis buku yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes.
Selain novel penyiasatan, bapa tunggal itu banyak menulis buku cerita kanak-kanak selain menulis ulasan filem pada lapangnya.
Lebih 10 juta buku tulisannya dijual pada tahun lalu dengan lebih 20 tajuk bukunya menduduki tempat pertama carta buku terlaris di AS.
Senarai tahunan Forbes kali ini didominasi penulis AS melainkan Ken Follett yang berada di tempat ke-11 manakala penulis buku Harry Potter, JK Rowling pula berada di tangga ke-13 setelah dia tidak menulis sebarang buku pada tahun lalu.
Tempat kedua senarai berkenaan menjadi milik penulis novel cinta ghairah, Danielle Steel yang berpendapatan AS$35 juta (RM104.3 juta) diikuti di tempat ketiga oleh penulis seram terkenal, Stephen King dengan perolehan AS$28 juta (RM83.5 juta).
Turut berada dalam senarai sama dari tempat keempat hingga ke-10 ialah Janet Evanovich AS$22 juta (RM65.6 juta), Stephenie Meyer AS$21 juta (RM62.6 juta), Rick Riordan AS$21 juta (RM62.6 juta),
Dean Koonz AS$19 juta (RM56.6 juta), John Grisham $18 juta (RM53.6 juta), Jeff Kinney AS$17 juta (RM50.7 juta) dan Nicholas Spark AS$16 juta (RM47.7 juta). - Agensi
Dipetik dari Kosmo Online 21/8/2011
Thursday, June 9, 2011
Bagaimana lindungi hak cipta daripada diplagiat
ISU karya diciplak tanpa persetujuan penulis asal masih terjadi sehingga hari ini, meskipun Malaysia sudah menggubal undang-undang Akta Hak Cipta pada 1987 bagi melindungi kepentingan orang sastera, muzik dan karya seni lain.
Senario menuding jari mencari kesilapan orang lain seakan sebati dalam masyarakat negara ini, meskipun ia bukan tindakan bijak bagi pengkarya dalam meredakan ketegangan dan amarah berhubung perbuatan tidak bertanggungjawab dalam hal ini.
Kebanyakan penulis terutama golongan muda mengambil mudah dan tidak sedar akan adanya peruntukan undang-undang bagi melindungi hak dan penat lelah mereka menghasilkan karya bermutu dan bermanfaat.
Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Normah Bajuri, berkongsi maklumat berhubung kepentingan penulis melindungi hak cipta karya mereka melalui Akta Hak Cipta 1987.
“Akta itu memberi perlindungan eksklusif kepada pengkarya dalam mengawal penerbitan semula untuk tujuan lain bagi suatu tempoh masa. Isu berkaitan karya disalah guna sepatutnya tidak diperbesarkan sekiranya penulis arif mengenai cara melindungi hak mereka.
“Hak cipta nadi utama pengkarya tempatan kerana ia pengiktirafan masyarakat kepada penulis dan apabila suatu hakikat bahawa karya yang dicetak menjana kepuasan maksimum kerana ia tidak mampu dinilai dengan wang ringgit,” katanya ketika memperkatakan hak cipta bersempena Minggu Penulis Remaja 2011 di Ayer Kroh, minggu lalu.
Normah mengingatkan pengkarya agar menjalankan tanggungjawab memahami jenis karya yang dilindungi di bawah akta ini, tempoh perlindungan dan prinsip asas hak cipta yang menjadi perkara asas dalam memastikan karya yang dihasilkan terjamin haknya.
Beliau simpati dengan sesetengah penulis yang tidak pasti sama ada penulisan mereka boleh dianggap sebagai hasil karya yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta atau tidak kerana ceteknya pengetahuan berkenaan akta terbabit.
Berdasarkan Seksyen 3, Akta hak Cipta 1987, karya sastera termasuk novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, lakonan, drama, koreografi, treatis, biografi, sejarah, karangan, artikel, kamus, ensiklopedia, surat, laporan, memorandum, syarahan mahupun ucapan turut dilindungi.
“Penulis perlu tahu idea atau konsep yang belum diterjemahkan dalam bentuk penulisan, prosedur, teks rasmi kerajaan yang bersifat perundangan atau peraturan dan karya yang telah tamat tempoh tak dilindungi hak ciptanya,” ujarnya.
Tempoh perlindungan hak cipta karya sastera adalah sepanjang hayat penulis dan 50 tahun selepas kematiannya, selain karya menggunakan nama samaran atau pena, perlindungan hak cipta diberikan kepada nama pena sahaja, sekalipun penulis mendedahkan nama sebenar selepas diterbitkan.
Bagi penulis bukan warganegara, hak mereka dilindungi di bawah Akta Hak Cipta sekiranya karya pertama mereka diterbitkan di Malaysia dan perlindungan hak cipta di Malaysia adalah automatik, tanpa sebarang keperluan pendaftaran secara formal.
“Bagaimanapun, langkah melindungi hak sebagai pengkarya perlu dilakukan dengan meletakkan notis hak cipta pada karya, membuat akuan berkanun dan poskan sesalinan karya asal ke alamat sendiri.
“Kebanyakan penulis mempunyai identiti sendiri dalam pengolahan dan lenggok penulisan dan mudah untuk mengenal pasti karya yang ditiru jika dicedok daripada tulisan penulis terkemuka seperti Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) Usman Awang dan Allahyarham Chairil Anwar,” jelasnya.
Bagi mengelakkan pelanggaran hak cipta, penulis hanya dibenarkan menghantar karya kepada satu syarikat penerbitan pada suatu masa kerana ditakuti karya yang dihasilkan diterbitkan oleh dua penerbit berbeza dan sekirnaya berlaku ia menyalahi undang-undang.
Sungguhpun demikian, penulis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana syarikat penerbitan juga perlu mengambil berat dan sedar mengenai hak cipta bagi mengelakkan pertikaian dan sebarang masalah timbul.
Normah memberi contoh, jika sesebuah syarikat penerbitan mahu menterjemahkan karya seseorang pengkarya dalam bahasa lain, mereka mesti mendapatkan keizinan secara bertulis daripada penulis asal karya terbabit.
“Begitu juga dari sudut pembayaran royalti, persetujuan secara bertulis yang diperakui oleh syarikat penerbitan dan penulis perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah pada masa depan. Justeru sebelum penulis menghantar karya, ada baiknya memahami konsep asas hak cipta,” tegasnya.

Dipetik dari Berita Harian 9/6/2011. 'Eh karya aku 'meletup'
'Eh karya aku 'meletup'
Oleh Latifah Arifin
Subscribe to:
Posts (Atom)