Perihal Saya

SUNGAI PETANI, KEDAH D.A, Malaysia

Monday, November 15, 2010

Sijil Peperiksaan Anda Hilang Atau Rosak.......Nak salinan? Ini panduannya.

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Untuk makluman, berikut diberikan prosedur permohonan untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi menggantikan sijil atau penyataan yang hilang atau rosak :-
A) Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan SRP ( PMR ) dan SPM :-

1. Sijil atau penyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau penyataan yang hilang atau rosak.

2. Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya pemohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.

3. Walaubagaimanapun, sekiranya pemohon datang sendiri ke LPM, surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

4. Surat sumpah atau laporan polis perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

            - Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
            - Nombor kad pengenalan lama dan baru
            - Tarikh lahir
            - Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka giliran
            - Nama peperiksaan
            - Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan
            - Sertakan bersama salinan penyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.

5. Bayaran proses RM10.00 dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order) atau kiriman wang pos (money order) atas nama 'Pengarah Peperiksaan'. Cek persendirian tidak diterima.

6. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

7. Proses mendapatkan salinan sijil tersebut mengambil masa selama 2 bulan bermula dari tarikh pihak LPM menerima permohonan. Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM ) di
http://www.moe.gov.my/lpm/ dan juga boleh di dapati di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (mana-mana yang berhampiran). Untuk makluman, satu borang permohonan untuk satu salinan keputusan peperiksaan yang diinginkan.

8. Tempoh laku wang pos/ kiriman wang pos dan laporan polis atau surat sumpah adalah selama 3 bulan sahaja.

9. LPM tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan diatas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

10. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut menggunakan pos berdaftar :-

            
Lembaga Peperiksaan Malaysia,
            Kementerian Pelajaran Malaysia,
            Aras 5, Blok E11,
            Kompleks Kerajaan Parcel E,
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
            62604 Putrajaya.
Berikut diberikan prosedur bagi memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) :-
http://www.moe.gov.my/lpm/    >>>    Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia    >>>    Perkhidmatan    >>>    Salinan Keputusan    >>>    Borang Permohonan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan.
A) Panduan Mendapatkan Salinan Sijil STPM

1. Calon yang ingin mendapatkan salinan sijil, hendaklah memohon terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :-
        - Salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada)
        - Salinan kad pengenalan (Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A)
        - Sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM1.20 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM1.30.
2. Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Wang tunai hanya diterima sekiranya dibayar di kaunter Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum jam 3:00 petang.
3 Salinan sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirim kepada calon dalam tempoh satu hari selepas dari tarikh permohonan diterima oleh MPM. Salinan sijil STPM yang dipohon  di kaunter sebelum jam 12:00 tengah hari akan disiapkan sebelum jam 3:00 petang, dan jika permohonan diterima selepas jam 12:00 tengah hari, salinan sijil STPM akan disiapkan pada keesokan harinya sebelum jam 9:00 pagi.
4. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
                Ketua Eksekutif
                Majlis Peperiksaan Malaysia
                Bangunan MPM, Persiaran 1
                Bandar Baru Selayang
                68100 BATU CAVES Selangor Darul Ehsan
                (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
Berikut diberikan prosedur bagi memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) :-
http://www.mpm.edu.my/    >>>    Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia    >>>    Laman Utama    >>>    Peperiksaan STPM    >>>    Sijil STPM    >>>    No. 3 b, (sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM).

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Encik Mohd Hashim.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan seperti di atas.


Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
HAFZAITUL NORSIMA BINTI AHMAD SABRI
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

2 comments: