Perihal Saya

SUNGAI PETANI, KEDAH D.A, Malaysia

Wednesday, February 16, 2011

Karnival Buku Karangkraf 28-30 Jan 2011

KARNIVAL KARANGKRAF BAGAIKAN PASAR MALAM

BUAT tahun ketiga, Kumpulan Media Karangkraf sekali lagi telah mengadakan KARNIVAL KARANGKRAF pada 28, 29 dan 30 Januari yang lalu.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Utama Dr. Rais Yatim. Tujuan carnival ini adalah untuk meneruskan kempen membaca dikalangan masyarakat.

Sepertimana yang telah diuar-uarkan, karnival yang diadakan selama tiga hari di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Pelbagai jenis majalah dan buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf menjadi pilihan. Setiap buku dan majalah diberikan antara 30% dan 50% diskaun.

Gerai Grup Buku Karangkrafyang terdiri daripada Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Oasis menjadi tumpuan para pengunjung memandangkan mereka peminat tegar novel selain memilih buku-buku agama, resipi, motivasi, gaya hidup dan sebagainya.

Rata-rata pengunjung yang datang mengatakan bahawa kunjungan mereka ke karnival adalah untuk membeli buku selain majalah. Di samping itu, mereka berpeluang bertemu dengan penulis-penulis novel, menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan dan beramah mesra bersama beberapa artis jemputan (anjuran beberapa majalah Karangkraf).

Kehadiran para pengunjung tahun ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini. Moga kemeriahan Karnival Karangkraf akan berterusan di tahun-tahun akan datang.