Perihal Saya

SUNGAI PETANI, KEDAH D.A, Malaysia

Monday, November 8, 2010

Mertabatkan Novel-novel Melayu

Novel-novel Melayu yang banyak terdapat di pasaran sekarang membuktikan bahawa bahan bacaan santai ini amat dimintai oleh semua peringkat umur terutama para remaja. Tidak hairanlah muncul ramai penulis novel muda yang mengenengahkan bakat masing-masing. Ini satu fenomena yang sangat baik. Novel-novel Melayu tidak ketandusan idea. Berbagai jenis 'genre' yang memenuhi citarasa penggemarnya.

Saya sendiri merupakan peminat novel Melayu sejak zaman persekolahan lagi dan minat itu diteruskan hingga sekarang biar pun usia saya telah menjangkau separuh abad. Antara novel-novel yang pernah saya baca di zaman persekolahan dahulu sekitar tahu 70an dan 80an ialah Sandera, Salina, Saga, Badai Semalam, Royan, Tulang-Tulang Berserakan, Keluarga Gerilya (Indonseia - Pramodya Anantatur) dan beberapa lagi yang saya lupa tajuknya.

Namun, kebanyakkan novel yang saya temui di kedai-kedai buku sekarang ini banyaknya bertemakan cinta khusus buat remaja. Hanya terdapat sedikit sahaja yang selain dari tema cinta. Namun agak membanggakan juga kerana terdapat novel-novel Islami yang memberi pilihan kepada pelbagai peminat novel.

Apa pun, novel bertemakan cinta tidak kurang menarik persembahannya dengan banyak sekali pengajaran yang boleh dikutip darinya. Tidak ada istilah rugi atau membuang masa membacanya kerana di situ terdapat ilmu dan pengajaran yang berguna.

Sehingga setaka ini saya sudah membaca novel-novel berikut:

 1.   Sesuci Cinta - Aina Emir - Alaf21
 2.   Rahsia Hatiku - Maria Alina - Alaf21
 3.   Rindu Milikku - Rohana Abd Aziz - Fajar Fakir
 4.   Mahligai - Salina Ibrahim - Creative Enterperise
 5.   Masih Ada Cinta - Haslinda Ismail - Creative Enterprise
 6.   Mendung Semalam - Erine Mojuru - Creative Enterprise
 7.   Lukisan Hati - Nazifah Halmi - Creative Enterprise
 8.   Layar Impian - Rizan Hijazi - Creative Enterprise
 9.   Kembara Amira - Amer Hmzah L.Kader - Utusan Publication
 10. Bukan Yang Pertama - Salina Ibrahim -
 11. Beraraklah Awan Pilu - Abd Latip Talib - Utusan Publication
 12. Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha - Buku Prima

Jadi, marilah kita sama-sama menyokong industri ini untuk masa depan kesusasteraan dan Bahasa Melayu.

SATU BANGSA SATU BAHASA SATU NEGARA

No comments:

Post a Comment