Perihal Saya

SUNGAI PETANI, KEDAH D.A, Malaysia

Saturday, January 29, 2011

Karnival Buku Karangkraf 28-30 Jan 2011

28 dan 29 Jan 2011 saya ke karnival buku karangkraf Shah Alam. Ada sesi penulis bertemu peminat. Sebagai penulis bar, saya rasa begitu kerdil duduk sebaris dengan nama-nama besar seperti Salina Ibrahim, Kamsiah Abu, Meen Zulaikha, Mujurlah saya ditemani penulis baru Muna Mahira, dan Munir Ramli (penulis travel log). Turut sama novelis tidak asing lagi Ramlee Awang Murshid. 
Dapat juga peluang berbual dengan peminat yang betul2 minat giler ngan novel. Borong sampai 10 buku atau lebih sekaligus (ada discount sampai 30%). Seronok gak dpt berkenalan ngan penulis lain. Buku Astana Kasih ada gak sambutan, 10 buku gak terjual. Jadilah, maklum penulis baru.
Sayangnya boleh terlupa bawa kamera, jadi tak ada gambar yang dapat dimuatkan.

Novel Sulung Saya Sudah Terbit

Sinopsis: Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladan...g getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.

Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.