KARNIVAL KARANGKRAF BAGAIKAN PASAR MALAM
BUAT tahun ketiga, Kumpulan Media Karangkraf sekali lagi telah mengadakan KARNIVAL KARANGKRAF pada 28, 29 dan 30 Januari yang lalu.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Utama Dr. Rais Yatim. Tujuan carnival ini adalah untuk meneruskan kempen membaca dikalangan masyarakat.
Sepertimana yang telah diuar-uarkan, karnival yang diadakan selama tiga hari di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Pelbagai jenis majalah dan buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf menjadi pilihan. Setiap buku dan majalah diberikan antara 30% dan 50% diskaun.
Gerai Grup Buku Karangkrafyang terdiri daripada Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Oasis menjadi tumpuan para pengunjung memandangkan mereka peminat tegar novel selain memilih buku-buku agama, resipi, motivasi, gaya hidup dan sebagainya.
Rata-rata pengunjung yang datang mengatakan bahawa kunjungan mereka ke karnival adalah untuk membeli buku selain majalah. Di samping itu, mereka berpeluang bertemu dengan penulis-penulis novel, menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan dan beramah mesra bersama beberapa artis jemputan (anjuran beberapa majalah Karangkraf).
Kehadiran para pengunjung tahun ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini. Moga kemeriahan Karnival Karangkraf akan berterusan di tahun-tahun akan datang.
Wednesday, February 16, 2011
Saturday, January 29, 2011
Karnival Buku Karangkraf 28-30 Jan 2011
28 dan 29 Jan 2011 saya ke karnival buku karangkraf Shah Alam. Ada sesi penulis bertemu peminat. Sebagai penulis bar, saya rasa begitu kerdil duduk sebaris dengan nama-nama besar seperti Salina Ibrahim, Kamsiah Abu, Meen Zulaikha, Mujurlah saya ditemani penulis baru Muna Mahira, dan Munir Ramli (penulis travel log). Turut sama novelis tidak asing lagi Ramlee Awang Murshid.
Dapat juga peluang berbual dengan peminat yang betul2 minat giler ngan novel. Borong sampai 10 buku atau lebih sekaligus (ada discount sampai 30%). Seronok gak dpt berkenalan ngan penulis lain. Buku Astana Kasih ada gak sambutan, 10 buku gak terjual. Jadilah, maklum penulis baru.
Sayangnya boleh terlupa bawa kamera, jadi tak ada gambar yang dapat dimuatkan.

Novel Sulung Saya Sudah Terbit
Sinopsis: Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladan...g getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.
Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.

Wednesday, December 8, 2010
ISTILAH DAN MAKNA MENGIKUT DEWAN BAHASA
| ISTILAH | MAKNA | |
| POLOS | tidak bercorak atau berbunga (kain dll); 2. sangat lurus (hati, fikiran, dll), tidak berniat jahat | |
| SANGKAK | menyangkak, menyangkaki 1. menggalangi, menyawar, merintangi; 2. menentang, melawan. | |
| BEBAT | membalut: dia ~ luka itu; | |
| JEJAL | penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~; | |
| KEWALAHAN | Tidak terlawan (terkerjakan), tidak berupaya. | |
| TERPEMPAN | Terpegun, tercengang, terkejut besar | |
| TERKESIMA | Termangu-mangu, tertegun, bingung, terperanjat | |
| BETAH | Tahan, tabah | |
| PARAK SIANG | Pagi-pagi benar (3 – 5 pagi) | |
| BUNCAH | gelisah, rusuh hati, bingung, kacau | |
| SKEPTIKAL | (sképtikal) waswas, kurang percaya, ragu-ragu | |
| LIRIH | perlahan-lahan (tidak kuat), lembut: berjurus-jurus dia termenung spt berfikir mencari jawaban sebelum bersuara ~, Berhati-hati, Tam. | |
| BUMBU | bahan-bahan perencah spt rempah-ratus, asam, garam yg digunakan utk menyedapkan masakan. membumbui 1 membubuh bumbu pd. 2 ki menambah-nambah (laporan dsb) supaya menjadi lebih menarik. | |
| PAROKIAL | Berfikiran sempit: masyarakat mereka dikatakan bersifat ~. | |
| KONTRAS | perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya; 2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan; | |
| TABU | sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? | |
| CERIDAU | bunyi riuh (bising) spt bunyi orang berkelahi (ketawa beramai-ramai dll); | |
| RETORIK | berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang | |
| VERNAKULAR | bahasa yg dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. | |
Monday, November 15, 2010
Sijil Peperiksaan Anda Hilang Atau Rosak.......Nak salinan? Ini panduannya.
“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Untuk makluman, berikut diberikan prosedur permohonan untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi menggantikan sijil atau penyataan yang hilang atau rosak :-
A) Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan SRP ( PMR ) dan SPM :-
1. Sijil atau penyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau penyataan yang hilang atau rosak.
2. Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya pemohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.
3. Walaubagaimanapun, sekiranya pemohon datang sendiri ke LPM, surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
4. Surat sumpah atau laporan polis perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:-
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka giliran
- Nama peperiksaan
- Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan
- Sertakan bersama salinan penyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
5. Bayaran proses RM10.00 dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order) atau kiriman wang pos (money order) atas nama 'Pengarah Peperiksaan'. Cek persendirian tidak diterima.
6. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
7. Proses mendapatkan salinan sijil tersebut mengambil masa selama 2 bulan bermula dari tarikh pihak LPM menerima permohonan. Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM ) di http://www.moe.gov.my/lpm/ dan juga boleh di dapati di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (mana-mana yang berhampiran). Untuk makluman, satu borang permohonan untuk satu salinan keputusan peperiksaan yang diinginkan.
8. Tempoh laku wang pos/ kiriman wang pos dan laporan polis atau surat sumpah adalah selama 3 bulan sahaja.
9. LPM tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan diatas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
10. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut menggunakan pos berdaftar :-
Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 5, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Berikut diberikan prosedur bagi memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) :-1. Sijil atau penyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau penyataan yang hilang atau rosak.
2. Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya pemohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.
3. Walaubagaimanapun, sekiranya pemohon datang sendiri ke LPM, surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
4. Surat sumpah atau laporan polis perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:-
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka giliran
- Nama peperiksaan
- Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan
- Sertakan bersama salinan penyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
5. Bayaran proses RM10.00 dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan wang pos (postal order) atau kiriman wang pos (money order) atas nama 'Pengarah Peperiksaan'. Cek persendirian tidak diterima.
6. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
7. Proses mendapatkan salinan sijil tersebut mengambil masa selama 2 bulan bermula dari tarikh pihak LPM menerima permohonan. Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM ) di http://www.moe.gov.my/lpm/ dan juga boleh di dapati di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (mana-mana yang berhampiran). Untuk makluman, satu borang permohonan untuk satu salinan keputusan peperiksaan yang diinginkan.
8. Tempoh laku wang pos/ kiriman wang pos dan laporan polis atau surat sumpah adalah selama 3 bulan sahaja.
9. LPM tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan diatas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
10. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut menggunakan pos berdaftar :-
Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 5, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
http://www.moe.gov.my/lpm/ >>> Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia >>> Perkhidmatan >>> Salinan Keputusan >>> Borang Permohonan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan.
A) Panduan Mendapatkan Salinan Sijil STPM
1. Calon yang ingin mendapatkan salinan sijil, hendaklah memohon terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :-
- Salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada)
- Salinan kad pengenalan (Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A)
- Sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM1.20 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM1.30.
2. Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Wang tunai hanya diterima sekiranya dibayar di kaunter Majlis Peperiksaan Malaysia sebelum jam 3:00 petang.
3 Salinan sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirim kepada calon dalam tempoh satu hari selepas dari tarikh permohonan diterima oleh MPM. Salinan sijil STPM yang dipohon di kaunter sebelum jam 12:00 tengah hari akan disiapkan sebelum jam 3:00 petang, dan jika permohonan diterima selepas jam 12:00 tengah hari, salinan sijil STPM akan disiapkan pada keesokan harinya sebelum jam 9:00 pagi.
4. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
Berikut diberikan prosedur bagi memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) :-
http://www.mpm.edu.my/ >>> Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia >>> Laman Utama >>> Peperiksaan STPM >>> Sijil STPM >>> No. 3 b, (sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM).
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Encik Mohd Hashim.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Encik Mohd Hashim.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan seperti di atas.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
HAFZAITUL NORSIMA BINTI AHMAD SABRIEksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Monday, November 8, 2010
Mertabatkan Novel-novel Melayu
Novel-novel Melayu yang banyak terdapat di pasaran sekarang membuktikan bahawa bahan bacaan santai ini amat dimintai oleh semua peringkat umur terutama para remaja. Tidak hairanlah muncul ramai penulis novel muda yang mengenengahkan bakat masing-masing. Ini satu fenomena yang sangat baik. Novel-novel Melayu tidak ketandusan idea. Berbagai jenis 'genre' yang memenuhi citarasa penggemarnya.
Saya sendiri merupakan peminat novel Melayu sejak zaman persekolahan lagi dan minat itu diteruskan hingga sekarang biar pun usia saya telah menjangkau separuh abad. Antara novel-novel yang pernah saya baca di zaman persekolahan dahulu sekitar tahu 70an dan 80an ialah Sandera, Salina, Saga, Badai Semalam, Royan, Tulang-Tulang Berserakan, Keluarga Gerilya (Indonseia - Pramodya Anantatur) dan beberapa lagi yang saya lupa tajuknya.
Namun, kebanyakkan novel yang saya temui di kedai-kedai buku sekarang ini banyaknya bertemakan cinta khusus buat remaja. Hanya terdapat sedikit sahaja yang selain dari tema cinta. Namun agak membanggakan juga kerana terdapat novel-novel Islami yang memberi pilihan kepada pelbagai peminat novel.
Apa pun, novel bertemakan cinta tidak kurang menarik persembahannya dengan banyak sekali pengajaran yang boleh dikutip darinya. Tidak ada istilah rugi atau membuang masa membacanya kerana di situ terdapat ilmu dan pengajaran yang berguna.
Sehingga setaka ini saya sudah membaca novel-novel berikut:
1. Sesuci Cinta - Aina Emir - Alaf21
2. Rahsia Hatiku - Maria Alina - Alaf21
3. Rindu Milikku - Rohana Abd Aziz - Fajar Fakir
4. Mahligai - Salina Ibrahim - Creative Enterperise
5. Masih Ada Cinta - Haslinda Ismail - Creative Enterprise
6. Mendung Semalam - Erine Mojuru - Creative Enterprise
7. Lukisan Hati - Nazifah Halmi - Creative Enterprise
8. Layar Impian - Rizan Hijazi - Creative Enterprise
9. Kembara Amira - Amer Hmzah L.Kader - Utusan Publication
10. Bukan Yang Pertama - Salina Ibrahim -
11. Beraraklah Awan Pilu - Abd Latip Talib - Utusan Publication
12. Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha - Buku Prima
Jadi, marilah kita sama-sama menyokong industri ini untuk masa depan kesusasteraan dan Bahasa Melayu.
SATU BANGSA SATU BAHASA SATU NEGARA

Subscribe to:
Posts (Atom)